CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, October 16

jangan bEgitu....

entah kenapa aku begitu risau akan keadaannya hari ini..
dah seminggu xde khabar berita dari dia.
dan kebiasaannya, apabila aku mimpikannya memanggil nama aku..
pasti dia sedang sakit .. :-(
aku tak tahu haruskah aku menghubungi bertanyakan khabar darinya atau perlukah aku hanya berdiam diri sahaja menanti..
kerana aku sedar dia bukan lagi milik aku seperti sebelum ini..
dan entah kenapa ayat terakhir darinya membuatkan aku seolah-olah menyedari betapa dia berada dalam keliru dan tidak pasti untuk membuat pilihan..
dan sejujurnya aku tidak mahu menghambatnya dan merayunya dengan tangisan aku lagi..
aku mahu menjadi kuat dan tegar dengan dugaan yang diberikan ini..
aku mahu dia tahu yang aku boleh menghadapi keadaan ini dengan tabah..
lalu..aku putuskan untuk menjauhinya sejauh yang mungkin..
aku mahu biarkan dia sendiri tanpa bayangan aku lagi..
sesungguhnya kesakitan yang dia rasai itu membuatkan aku lebih merasai kesakitannya..
dan aku tidak mahu terus menerus menyakitinya..
lalu aku membuat keputusan untuk melepaskan dia pergi..
dengan begitu, dia akan merasa lega
dan yang pasti aku tidak mahu dia berada dalam ketidakpastian yang berpanjangan..