CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, October 14

bUKAN aKU!!!

untuk sekian kali, aku telah penat untuk merayu dan meminta nya memaafkan aku..
dan aku juga telah letih untuk memintanya kembali kesisi ini..
lalu aku putuskan untuk melepaskannya..dengan berat hati,aku izinkan jiwa dan rasa cinta ini padanya pergi untuk selamanya..bukan menyerah kalah, namun aku tidak mahu dirinya terus-menerus berada dalam ketidakpastian yang mungkin menyakiti jiwanya kelak. juga tidak mahu dia berterusan celaru dan khuatir tersalah pilihan..
aku juga tidak mahu sekadar menjadi beban dan tekanan kepadanya..oleh sbb tu, aku akihiri episod luka ini dengan satu keputusan yang aku sendiri tidak pasti kebahagiaannya. namun aku percaya pada ketentuan yang Maha ESA..kerana setiap satu kejadian dan dugaan yang dikirim itu pasti punya alasan dan hikmah yang baik buat kehidupan kita didunia dan akhirat kelak..dan mungkin ia antara petanda untuk menyedarkan kita daripada berterusan hanyut dalam dunia yang penuh dengan kelalaian ini..dan telah aku sedari munkin BUKAN AKU yang dicipta untuk menemaninya didunia ini..mungkin BUKAN AKU juga yang terbaik untuknya. aku cuba berusaha untuk menjadi sebaik-baik wanita walaupun pernah dipdg sinis, namun aku tidak pernah kesal atas apa yang berlaku pada diri aku hari ni, kerana ALLAH itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..dan buat kalian, aku juga mendoakan yang terbaik untuk setiap langkah dalam perjalanan korang menuju ke destinasi pilihan..Salam semua..peace!