CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, October 16

jangan bEgitu....

entah kenapa aku begitu risau akan keadaannya hari ini..
dah seminggu xde khabar berita dari dia.
dan kebiasaannya, apabila aku mimpikannya memanggil nama aku..
pasti dia sedang sakit .. :-(
aku tak tahu haruskah aku menghubungi bertanyakan khabar darinya atau perlukah aku hanya berdiam diri sahaja menanti..
kerana aku sedar dia bukan lagi milik aku seperti sebelum ini..
dan entah kenapa ayat terakhir darinya membuatkan aku seolah-olah menyedari betapa dia berada dalam keliru dan tidak pasti untuk membuat pilihan..
dan sejujurnya aku tidak mahu menghambatnya dan merayunya dengan tangisan aku lagi..
aku mahu menjadi kuat dan tegar dengan dugaan yang diberikan ini..
aku mahu dia tahu yang aku boleh menghadapi keadaan ini dengan tabah..
lalu..aku putuskan untuk menjauhinya sejauh yang mungkin..
aku mahu biarkan dia sendiri tanpa bayangan aku lagi..
sesungguhnya kesakitan yang dia rasai itu membuatkan aku lebih merasai kesakitannya..
dan aku tidak mahu terus menerus menyakitinya..
lalu aku membuat keputusan untuk melepaskan dia pergi..
dengan begitu, dia akan merasa lega
dan yang pasti aku tidak mahu dia berada dalam ketidakpastian yang berpanjangan..

Wednesday, October 14

bUKAN aKU!!!

untuk sekian kali, aku telah penat untuk merayu dan meminta nya memaafkan aku..
dan aku juga telah letih untuk memintanya kembali kesisi ini..
lalu aku putuskan untuk melepaskannya..dengan berat hati,aku izinkan jiwa dan rasa cinta ini padanya pergi untuk selamanya..bukan menyerah kalah, namun aku tidak mahu dirinya terus-menerus berada dalam ketidakpastian yang mungkin menyakiti jiwanya kelak. juga tidak mahu dia berterusan celaru dan khuatir tersalah pilihan..
aku juga tidak mahu sekadar menjadi beban dan tekanan kepadanya..oleh sbb tu, aku akihiri episod luka ini dengan satu keputusan yang aku sendiri tidak pasti kebahagiaannya. namun aku percaya pada ketentuan yang Maha ESA..kerana setiap satu kejadian dan dugaan yang dikirim itu pasti punya alasan dan hikmah yang baik buat kehidupan kita didunia dan akhirat kelak..dan mungkin ia antara petanda untuk menyedarkan kita daripada berterusan hanyut dalam dunia yang penuh dengan kelalaian ini..dan telah aku sedari munkin BUKAN AKU yang dicipta untuk menemaninya didunia ini..mungkin BUKAN AKU juga yang terbaik untuknya. aku cuba berusaha untuk menjadi sebaik-baik wanita walaupun pernah dipdg sinis, namun aku tidak pernah kesal atas apa yang berlaku pada diri aku hari ni, kerana ALLAH itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..dan buat kalian, aku juga mendoakan yang terbaik untuk setiap langkah dalam perjalanan korang menuju ke destinasi pilihan..Salam semua..peace!

New Life in my Life..huhuk

Assalamualaikum..
Untuk kali kedua aku hasilkan blog ini..
dan aku hasilkannya dengan penuh perasaan dan semangat sebagai orang baru..
sebagai seorang yang berhati waja dan cekal menghadapi dugaan..
aku tidak lagi seperti selalu..lemah dan terlalu berharap pada sesuatu yang tidak pernah pasti..
dan aku tidak mahu lagi mengejar sesuatu yang telah jauh meninggalkan aku..(agak2nya)hee
apa yang pasti, aku hanya mahu mengayuh perjalanan hidup ini sesuai dengan kehendak-Nya.
dan akan aku berusaha untuk memperolehi segala yang diimpikan selama ini setelah lama aku tolaknya demi kepentingan orang lain. dan aku tidak akan mudah menyerah kalah untuk sesuatu yang akan melukai perasaan ini lagi..hope so...:-)