CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, November 18

Jalan yang pasti

hr ni xde ape sgt story yg best..jst nk sembang-sembang kosong psl kisah dolu2 aku..hehe..mase kecik dulu aku selalu berangan-angan untuk menjadi seorang penulis novel..n alwyz 'try to be a gud novelis..but the result still same...huhu..aku juga pernah nak jadi seperti ahadiat atau seperti aisya sofea..aku cuba dan terus mencuba sehinggalah akhirny menyedari yang aku nih sebenarny x dianugerahkan bakat semulajadi untuk menjadi seorang penulis..ahaha.tp kn..pernah juga 'nangis' hanya kerana x mampu untuk peroleh kelebihan cm org lain..hurmmm terlalu cetek minda aku mase tu..malah aku seolah2 lupa kebesaran ALLAH..lupa yang anugerah itu sebenarnya datang dari yang Maha Kuasa..nk jd crite..aku pn pernah lh.(tp dulu arr kn..hee..)cemburukan member aku yang punya bakat menulis, dan pernah sekali aku menidakkan kebolehannya sehingga dia berkecil hati dengan sikap aku..dan ketika itu aku x pernah memohon kemaafan di atas ketelanjuran kata-kata aku ms tu..(sumbong jgk aku nih..huh) n trase jht btl aku ms tu..tp kn bila aku semakin meningkat dewasa dan mula pandai menilai baik buruk perangai dan sikap aku sendiri, aku mula sedar yg aku x pernah bersyukur dengan apa yang sudah aku miliki. dan betapa malunya aku sbb pernah lupa utk mensyukuri segala nikmat dan kelebihan yang telah diberi. tapi kini, aku terima semua hakikat itu..jika betul lh aku mmg x dianugerah bakat seumpama itu..aku terima seadanya kerana mungkin suatu hari nanti aku akan dianugerahkan kelebihan lain yg lebih baik..Amin..hehehe..begitu juga dengan org lain..sbnrny x perlu mencemburui kelebihan yang tidak kita miliki kerana kelebihan yang tidak kita miliki itu sememangnya bukan milik kita, dan pasti ALLAH punya sebab yang ampuh untuk tidak menganugerahkan kelebihan yang kita dambakn sesgt tuh...hurmmmm fikirlah sejenak.

Di ruang blog kali ini aku jst try utk kongsi pengalaman suka duka aku dalam usaha aku mencari jalan kebenaran yang sememangnya sedia ada berada di depan mata kita selama ini namun sengaja kita kaburkn pndgn kita dr cahaya-Nya sbb jalan serta nikmat duniawi sentiasa menutupi sinar kebenaran buat kita. Mungkin xde ape sangat yang dapat aku kongsikan namun cukup untuk diri aku sdri menyedari satu demi satu 'kesilapan' yang pernah aku buat..dan jika ditanya adakah aku menyesalinya..jawapan kini pastiny 'ya'. memang aku pny rase kesal tp dlm pd ms yg same aku bersyukur sbb dengan 'kesilapan' itulah aku disedarkan daripada terus asyik dan lalai dengan nikmat dunia yg sementara nih, walaupun hakikatnya aku terpaksa menerima takdir yang aku telah kehilangan sesuatu yang paling berharga dalam hidup aku. kalo dulu aku selalu mengeluh sbb beranggapan bahawa ALLAh tidak pernah mahu menyebelahi sisi indah aku..but nw, aku mula mengerti kenapa adakalany ALLAH tidak memakbulkan doa aku. Dan adakalanya aku rasa pasti leih baik begitu..drpd ap yg aku mintak..then dimakbulkn sentiasa..maybe aku akn mula riak takbur..sumbong x bertmpt..jln x pdg knn kiri..asik djln mendongak langit jerk kn heehe..smkin alpa dn mula lupa utk sentiasa sujud pd Dia Yg Maha Kuasa..huh (minta dijauhkan)

Transformasi yg berlaku pada diri aku start kira-kira 6bln lps,ms tuh aku kehilangan tempat bergantung dan 'teman' suka duka. aku akui aku mula lemah dan hilang pertimbangan. mula hilang kekuatan dan ketabahan hati..diri meleret tenggelam dalam kepedihan dan kesengsaraan..aku pn penah berpura-pura masih bahagia sedangkan hati dan perasaan aku ms tu sentiasa berperang sesama sendiri. Ketika itulah pelbagai dugaan dan ujian yang aku hadapi menyedarkan aku akan kebesaran Yang Maha Esa. Kesihatan aku mula merosot..dari hari ke hari berat badan aku susut..(mn xny..mkn skit jer muntah blk..huhu) smpikn aku sendiri x menyedari perubahan itu..tp rupa2ny mber2 yang mula perasan perubahan pada diri aku tu, dan ms aku mula sedar perubahan tu, dh lmbt dh nk selindung dari dorg. nsib baiklh aku x kena aneroxia..hehehe..Alhamdullilah..tp kn sbnrny kita xsdr kn..kesihatan hari-hari kita ni juga merupakan anugerah yang x berbelah bagi dari ALLAH buat kita..itulah anugerah yang paling berharga buat diri aku hari ni sbb tanpa kesihatan yang aku peroleh kini sudah pasti aku x akan lagi pernah dapat menikmati betapa indahnya setiap 1 kejadian ALLAH s.w.t di dunia ini malah maybe aku juga x berpeluang menyediakan 'bekalan' utk destinasi seterusnya....


Dulu aku pernah dicintai
Dulu aku pernah dirindui
Malah duluaku selalu dimanjai

Dulu aku selalu ditemani
Dulu aku selalu dipimpini
Dulu aku tidak dibiar dari dilukai

Dulu hanya senyuman dimiliki
Dulu hanya gelak tawa didengari
Dulu hanya yang indah diabadi

Dulu aku yakin cintaku punya kekuatan
Dulu aku yakin cintanya utuh
Dulu aku yakin kasihnya kukuh

aku menjadi alpa dengan dulu
aku menjadi lalai kerana dulu indah
aku lupa yang indah dulu mungkin tidak seindah kini

kini aku tidak pasti
kini aku bingung
kini aku menjadi lemah

kini hanya sunyi menemani
kini aku sepi membaluti diri
kini aku telah sendiri

kini hanya kesal jiwa rasai
kini hanya memori peneman sepi
kini hanya mimpi pengubat lara hati


Dulu dan kini
terlalu luas jurang dibentang
terlalu asing perasaan ini
tiada lagi bahagian indah dalam kisahku
tiada lagi dia disisi
tiada lagi dia menemani
tiada lagi dia mengisi sepi
jatuhnya aku
tiada lagi kisah indah mendodoi hati
kisah indah pergi
kasihku mati

sama-samalah kita.....

lamany aku x mengupdate crite merapu aku kt blog ini..bukan lupa tetapi tidak punya kesempatan yang cukup buatnya..dan hari ini barulah aku punya kesempatan itu sementara 'big boss' bercuti..kepada teman-teman yang pernah mengikuti blog pertama aku dari awal hinggalah kepada blog ke-2 ni pasti akan merasai perbezaannya. dan mungkin ada yang beranggapan blog ni sebagai saluran cuba mentarbiah kerana cuba untuk memperbetulkan peribadi org sedangkan peribadi diri ini sendiri pn masih belum cukup sempurna sifatnya:)...aku menulis bukan untuk mencari atau menyingkap kesilapan serta kesalahan orang lain tetapi sekadar untuk pedoman kepada diri aku sendiri dan alangkah bersyukurnya aku jika ada yang juga sama-sama dapat menerima perubahan ini sebagai 'the begin' for de 'aura positif' dalam hari-hari mendatang.. :-)

sama-samalah kita berganding kudrat untuk memperbaiki apa yang sepatutnya...Insyallah

Wassalam..

Indah Rupanya...

Bila ALLAH cepat makbulkan Doamu
maka DIA Menyayangimu


Bila DIA lambat makbulkan doamu
maka DIA ingin mengujimu

Bila DIA tidak makbulkan doamu
maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu

Oleh itu,
sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan pun..

kerana kasih sayang ALLAH itu
mendahului kemurkaan-Nya